BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pyzam Glitter Text Maker

Monday, March 1, 2010

'Hujung Jari'

Aku mencoret ampaian kenangan hari ini
sebening mata indahku lakarkan
segaris senyumku ukirkan
sederas air mataku hapuskan
ku himpun seluruh kudrat mencantas diari
dendam dan benci
lalu ku hinpunkan dengan doa

ku selitkan sebaris ayat kemaafan
ku lukis sekeping hati tulus agar ia kekel abadi
lantas lahir sebuah lukisan berbingkai
jalinan persahabatan yang tak dapat dicarik
ku rencanakan suatu pertemuan dalam
ikatan perkenalan
ku gamit satu janji yang tidak akan terungkai
walau dengan kata-kata
justaru itu,aku noktahkan pada akhir nukilan
seindah hidup ini adalah kerana
Aku hanya potret buat esok,meski aku
jauh di hujung jari...

0 comments: